top of page

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha mengasihani, selawat dan salam kepada junjungan nabi Muhammad Sollallahu 'alaihiwasalam | Allahumma solli'ala sayyidina muhammad wa'ala ali muhammad |

Assalamualaikum para pencinta rasulillah,
moga-moga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dalam keadaan sentiasa mengingati Allah.


Ingin diceritakan satu perkataan iaitu AL-FAIDH. Jika dilihat secara zahir, kita pasti tidak nampak pun apa yang istimewa pada perkataan ni. Maksudnya pun biasa-biasa sahaja iaitu 'limpahan’.  “Hanya Jauhari Yang Mengenal Manikam”. Hanya orang yang mengerti sahaja akan menghargai dengan sesungguhnya perkataan ni =).

Pengenalan

Sejarah Al Faidh

 

Al Faidh merupakan nama kumpulan qasidah di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. 

Bagaimana nama Al Faidh diberi?

 

Nama kumpulan ini amat istimewa kerana diijazahkan oleh guru kami yang mulia Sidi Syeikh Rohimuddin An-Nawawi. seorang ulama’ dari Indonesia berketurunan Rasulullah dan menetap di Cairo Mesir. Nama ini diberi ketika kunjungan sidi ke tempat kami buat kali pertamanya pada tahun lepas. Kami memohon syeikh memberikan nama kepada kumpulan kami ini. Penubuhan kumpulan ini tidak ada sebab lain melainkan hanya untuk menzahirkan rasa cinta kita kepada Rasulullah SAW dan ingin mengajak semua orang turut rasa apa yang kami rasa.

Perkembangan Terkini 

 

Alhamdulillah, kini Al Faidh mampu berdiri sendiri. Berkat doa kalian, terutamanya penasihat Al Faidh, sheikhuna Ustaz Rijaluddin B. Yahya banyak memberikan tausiah dalam berqasidah.  Al Faidh kini mendapat jemputan daripada segenap pihak dalam memberi khidmat dalam majlis - majlis seperti majlis maulid nabi, program ceramah agama, majlis perkahwinan, doa selamat, majlis aqiqah dan tahnik dan program - program rasmi selagi mana tidak bertentangan dengan syariat Islam. Doakan kami agar istiqomah menyebarkan bait-bait cinta rasulilllah. Allahumma solli'ala sayyidina muhammad wa'ala ali muhammad.

bottom of page